fb fb fb fb fb

Peruntukan kepada pembangkang dibincang 17 April ini - TPM Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto Bernama

KUCHING, 13 April - Tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 17 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.

"Kami akan berbincang dengan kerajaan di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dahulu dan saya akan bentangkan disitu kita akan kemukakanlah," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau, di sini.

Selain Hamzah, pertemuan bersama Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu turut disertai Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN