fb fb fb fb fb

Pertimbang pengurangan harga tiket penerbangan kepada pesakit kanser

PUTRAJAYA, 3 Februari- Pengurangan harga tiket penerbangan terhadap pesakit kanser yang perlu menjalani rawatan wajar dipertimbangkan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata ke arah itu, libat urus bersama Kementerian Pengangkutan dan pemain industri penerbangan perlu dilaksana.

Langkah itu selaras menzahirkan keprihatinan dan empati terhadap pesakit kanser sekali gus mengurangkan beban kewangan mereka.

"Saya berharap pakej sebegini dapat ditawarkan kepada pesakit kanser dan juga penerima rawatan yang telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (kkm).

"Agar mereka tidak dibebani terutama sekali jika pesakit kanser terpaksa terbang pada musim perayaan dan cuti sekolah yang menyebabkan harga tiket terlalu tinggi.

"Kita akan bawa menteri berkaitan untuk bersama KKM dan cadangkan perkara tersebut akan memberikan manfaat. bukan untuk mendesak tetapi saya melihat itu satu keperluan kepada pesakit-pesakit," katanya.

(Lukanisman Awang Sauni)

Lukanisman ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kanser Sedunia 2023 di Institut Kanser Negara, di sini hari ini.

Media Baharu