fb fb fb fb fb

Hujan lebat lebih dua jam, tiga rumah dinaiki air di Selama

(Foto APM Selama)

IPOH, 3 Februari- Hujan lebat melebihi dua jam menyebabkan tiga buah rumah penduduk di daerah Selama terjejas akibat banjir kilat.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Unit Selama dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan jalan utama dan perkarangan rumah penduduk dinaiki air disebabkan limpahan air dari sungai di kampung tersebut. 

Keadaan itu menyebabkan jalan raya utama kampung Redang Panjang Luar terputus laluan utama menuju Kota Raja Bersiong.

Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini kepada penduduk yang terjejas. 

Dalam pada itu, anggota APM turut melakukan pemantauan di kawasan yang dinaiki air berikutan keadaan ketika ini masih hujan. 

(Foto APM Selama)

Media Baharu