fb fb fb fb fb

JCM platform kerjasama dua hala Malaysia, Singapura

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) Singapura diperkukuh melalui penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama dalam bidang Penerangan dan Komunikasi antara Malaysia dan Singapura ke-6 (6th Joint Committee Meeting on Information and Communications).

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha KKD, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Tetap MCI Singapura Joseph Leong di ibu negara.

JCM mengetengahkan hubungan mesra dan kerjasama padu antara Malaysia dan Singapura dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) diperbaharui yang ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan pengenalannya ke Singapura.

Malaysia dan Singapura terus mengiktiraf JCM sebagai platform untuk meningkatkan kerjasama dua hala, menangani cabaran utama dan mempercepatkan pemulihan ekonomi berikutan COVID-19.

Kedua-dua negara berpendapat peningkatan penggunaan teknologi digital semasa pandemik menunjukkan peluang bagi meningkatkan ekonomi digital serta meningkatkan ketersambungan korporat dan individu.

Bersempena dengan JCM ke-6, Malaysia juga akan menganjurkan Muzika Ekstravaganza ke-14 pada Sabtu (4 Februari) yang merupakan penerbitan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Malaysia dan Singapura Mediacorp.

(Pengerusi bersama mesyuarat JCM, Mohammad Mentek (kanan) dan Joseph Leong/FB KKD) 

Media Baharu