fb fb fb fb fb

Pertimbang pembinaan RMR kepada penduduk terjejas banjir - Ahmad Maslan

BESUT, 28 Disember- Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbang memberi kelulusan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penduduk yang rumah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya boleh memohon.

"Saya akan menyemak apabila pulang esok petang...bila berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan data-data daripada SPNB apakah bantuan rumah banjir yang musnah sama sekali, yang boleh mereka bantu untuk memudahkan pembinaan semula rumah-rumah berkaitan," katanya.

(Datuk Seri Ahmad Maslan)

Beliau ditemui pada program penyerahan barangan keperluan kepada penduduk terjejas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan MRL Sendirian Berhad, di sini hari ini.

Pembinaan RMR di atas tanah sendiri merupakan satu kaedah untuk membantu penduduk terjejas banjir, namun ada bayaran bulanan dikenakan.

Kaedah bayaran yang dikenakan pula tidak terlalu tinggi dan mampu milik selain subsidi yang tinggi dan rumah dibina oleh kontraktor tempatan.

Permohonan hanya pilihan dan pihaknya turut mengalu-alukan bantuan rumah daripada pihak lain seperti baitulmal.

Media Baharu