fb fb fb fb fb

Banjir: 3 sekolah di Pulau Pinang laksana PdPR bermula esok

Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 26 Oktober - Seramai 1,786 pelajar di tiga buah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pulau Pinang akan menjalani kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),  bermula esok.

Menurut Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Dziauddin Mat Saad, sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, SK Padang Menora, dan SK Guar Perahu.

"Insya-Allah PdPR ini akan dilaksana pada hari Isnin (esok) dan Selasa. Saya akan maklumkan perincian pelaksanaannya kepada pihak sekolah.

"Kita cuba elak untuk melaksanakan PdPR di sekolah menengah berikutan persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kita tidak mahu menjejaskan persediaan pelajar terlibat yang akan menduduki Ujian Pengesanan Literasi Bahasa Melayu pada 3 November," jelasnya selepas menyantuni penduduk terjejas banjir di PPS SK Permatang Pasir yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohammad Abdullah.

Bagaimanapun Dziauddin memberitahu, pelajar yang tidak terlibat PdPR diberi kelonggaran untuk berpakaian biasa ke sekolah.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN