fb fb fb fb fb

Operasi SAR nelayan warga asing hilang di Pulau Kuraman ditamatkan

(Operasi SAR melibatkan beberapa agensi)

LABUAN, 28 Disember- Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan warga asing yang hilang di laut berhampiran Pulau Kuraman ditutup mulai petang ini.

Komander Operasi Bencana, Superintenden Ahmad Jawila berkata, penutupan pusat itu berikutan tiada sebarang petunjuk diperolehi berkaitan pencarian mangsa yang hilang, selepas lima hari operasi mencari itu dilaksanakan.

"Pun begitu, PKTK ini akan dibuka semula jika pihak polis menjumpai atau menerima maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan kehilangan mangsa maksudnya PKTK ini akan diaktifkan semula dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat yang diperolehi,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita di Jeti Jabatan kastam Diraja Malaysia Labuan.

Sementara itu, kejadian mangsa hilang berlaku pada sabtu lepas, selepas pihak polis menerima satu laporan berkaitan kejadian itu.

Ketika kejadian berlaku, keadaan hujan dan laut bergelora menyukarkan operasi pencarian berkenaan dilakukan.

Superintenden Ahmad yang juga Ketua Polis Daerah Labuan memberitahu, beberapa agensi terlibat dalam misi pencarian itu.

Antaranya, PDRM, APM, Jabatan perikanan, Jabatan Kastam, Bomba dan Penyelamat serta APMM Zon Maritim Labuan.

Ia membabitkan 71 pegawai dan anggota serta aset maritim dan udara.


(Komander Operasi Bencana, Superintenden Ahmad Jawila)

Media Baharu