fb fb fb fb fb

PDRM dekati masyarakat melalui Program HPP

SEREMBAN, 28 Disember-  Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat perlu terus diperkasa bagi memastikan keselamatan sentiasa terpelihara.

Menyedari hakikat itu, PDRM Negeri Sembilan melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komunitinya menganjurkan Program High Profile Policing (HPP) di sini.

Ketua Polis Negeri, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ia medium terbaik untuk pihaknya mendekati masyarakat termasuk agensi penguat kuasa lain.


(Foto Polis Negeri Sembilan)

"Fokus tertumpu kepada usaha membanteras jenayah terutama kes penipuan dalam talian yang kian bertambah di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
 

Media Baharu