fb fb fb fb fb

MAIWP manfaatkan RM6 juta bantu penduduk terjejas banjir

(Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar merasmikan pelepasan Skuad MAIWP Insani
ke Kelantan, Terengganu dan Pahang di Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 28 Disember - Sebanyak RM6 juta wang zakat dimanfaatkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu penduduk terjejas banjir di enam negeri terutama di Terengganu dan Kelantan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, berkata RM3 juta daripada jumlah tersebut akan digunakan untuk sumbangan bantuan kewangan menerusi Misi Bantuan MAIWP Insani.

Tambahnya, RM 2 juta lagi untuk skuad Misi Bantuan MAIWP INSANI manakala selebihnya disalurkan bagi bantuan pasca banjir di bawah Skuad Musa’adah.

Antara negeri lain yang terlibat dalam Misi Bantuan MAIWP INSANI ini adalah Pahang, Perak, Johor dan Selangor.


(Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar merasmikan pelepasan Skuad MAIWP Insani
ke Kelantan, Terengganu dan Pahang di Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur) 

"Pada peringkat awal memang banyak sokongan dan galakan diberikan dan di penghujung banjir ini memerlukan tenaga manusia, kudrat manusia untuk bantu mereka terkesan, terkena, terpalit dengan kes air masuk rumah dan memerlukan kudrat manusia untuk bersihkan rumah dan mengembalikan keadaan rumah dalam keadaan asal," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan pelepasan Skuad MAIWP Insani ke Kelantan, Terengganu dan Pahang di Kompleks Darul Kifayah, di sini, petang tadi.

Skuad MAIWP Insani dijangka akan menyantuni 1,500 penduduk terjejas banjir di kawasan pantai timur.

Media Baharu