Pertimbang pakej rangsangan baharu jika ekonomi terjejas

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim

IPOH, 28 Mac – Kerajaan tidak menolak kemungkinan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi baharu sekiranya keadaan semasa, khususnya kesan konflik antarabangsa, memberi impak ketara kepada ekonomi negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan memperkenalkan pakej rangsangan bergantung pada tahap impak konflik antara Iran dan Amerika Syarikat terhadap negara.
  • Kerajaan akan memantau keadaan melalui mesyuarat berkala untuk merangka pendekatan termasuk kemungkinan pakej rangsangan ekonomi.
  • Pakej rangsangan dilihat sebagai langkah memastikan kelangsungan ekonomi rakyat terus terpelihara dalam situasi tidak menentu.
  • Keupayaan negara bertahan kini hasil langkah penjimatan dan penstrukturan semula subsidi yang dilaksanakan sebelum ini.

Langkah itu dilihat sebagai antara pendekatan bagi memastikan kelangsungan ekonomi rakyat terus terpelihara dalam situasi yang tidak menentu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, keputusan berhubung perkara itu bergantung kepada sejauh mana kesan konflik antara Iran dan Amerika Syarikat memberi impak kepada negara.

“Perkara ini bergantung kepada tahap impak konflik tersebut terhadap negara dan kerajaan akan terus memantau keadaan semasa melalui mesyuarat berkala bagi merangka pendekatan termasuk kemungkinan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Program Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat 2.0 di sini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan keupayaan negara untuk terus bertahan ketika ini adalah hasil langkah penjimatan serta penstrukturan semula subsidi yang telah dilaksanakan sebelum ini.