KUALA LUMPUR, 24 Mac- Tiada draf dokumen bagi peruntukan ahli parlimen diberi kepada pembangkang seperti yang dikatakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan ketua dan wakil pembangkang adalah untuk mendengar pandangan mereka mengenai cadangan dan tawaran yang boleh diberikan.
"Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah ada memberi penjelasan, katanya tidak ada sebarang draf yang telah diberikan kepada pihak pembangkang dan tidak ada sebarang draf yang di terima daripada pihak pembangkang.
"Pertemuan beliau bersama wakil pembangkang termasuk ketua pembangkang baru-baru ini, adalah sekadar untuk mendengar pandangan mengenai cadangan dan juga tawaran yang mungkin boleh diberikan bersama.
"Jadi tidak ada draf dokumen yang seperti disebut ketua pembangkang dan juga seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian, FMT yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol", katanya.
Beliau di temui media selepas pelancaran Inisiatif Ramadan CSR Food Panda Malaysia di ibu negara.