fb fb fb fb fb

Anak-anak Lembah Pantai lahir tahun 2024 terima RM200

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Anak-anak Lembah Pantai yang lahir tahun ini menerima RM200 menerusi Program Simpanan SSPN Prime kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, ia bagi memastikan ibu bapa boleh memulakan tabungan masa hadapan untuk anak mereka.

"Saya juga gembira untuk mengumumkan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan bekerjasama dengan Program Simpanan SSPN Prime bagi anak kelahiran Lembah Pantai bagi tahun 2024 sebanyak RM200 dan RM100 untuk ibu bapa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Inisiatif Food Panda Malaysia di ibu negara.

Dalam majlis tersebut, sumbangan bakul makanan turut diberi kepada 5,000 keluarga yang kurang berkemampuan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI