fb fb fb fb fb

Malaysia komited salur bantuan ke Gaza

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PENDANG, 24 Mac- Malaysia komited untuk terus menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza terutama bantuan makanan kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu dibuktikan dengan komitmen kerajaan yang mengutip kira-kira RM100 juta dalam bentuk barangan makanan untuk disalurkan ke Gaza.

Melalui kerjasama kerajaan Mesir, barangan bantuan makanan akan dibeli di Mesir dan dimasukan ke dalam kontena sebelum dihantar Rafah untuk diagihkan kepada penduduk di sana.

"Kita mesti mendapat bantuan daripada kerajaan Mesir untuk menghantar bantuan ini secara kerajaan kepada kerajaan (G2G).

"Jika tidak negara terpaksa menampung menanggung kos tambahan sebanyak RM6 juta daripada seluruh RM100 juta nilai barangan yang akan kita hantar, ertinya kos pengantaran 60 peratus diatas kos pembelian barangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di sini.

Semalam, Malaysia menghantar sebanyak 100 kontena merangkumi 1,358 tan barangan terdiri daripada pelbagai sumbangan menerusi misi bantuan kemanusiaan.
 
Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terdapat sejuta penduduk Gaza akan mengalami kebuluran.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI