fb fb fb fb fb

Pertemuan GRS dengan Anwar Ibrahim untuk zahirkan sokongan

PUTRAJAYA, 27 November- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengadakan pertemuan kira-kira sejam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor, dalam pertemuan itu, beliau menyatakan sokongan padu GRS dan kerajaan Sabah kepada kepimpinan Anwar.

"GRS dan kerajaan Sabah akan terus menyokong kepimpinan kerajaan baharu. Perdana Menteri sangat menghargai sokongan tersebut," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai senarai nama ahli Parlimen GRS untuk menyertai barisan Kabinet, Hajiji berkata perkara tersebut tidak dibincangkan.

Jumaat lalu, Annuar menyatakan Kerajaan Perpaduan pimpinannya mencapai majoriti dua pertiga melalui penyertaan terkini oleh GRS.

Menurut Hajiji, sokongan dan penyertaan parti-parti politik di Sabah dalam kerajaan itu diyakini dapat memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat negeri.

Media Baharu