fb fb fb fb fb

LPPKN sokong usaha kerajaan tangani kos sara hidup

KUANTAN, 27 November- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyokong usaha kerajaan dalam menangani kos sara hidup demi kesejahteraan sesebuah keluarga.

Ketua Pengarahnya, Abdul Shukur Abdullah berkata LPPKN melihat pengurusan kewangan keluarga, perkara penting agar mereka boleh berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat kewangan diinginkan

Justeru, sebagai agensi yang menerajui kesejahteraan keluarga, LPPKN menyediakan pelbagai program dan latihan pengurusan ekonomi keluarga seperti Kursus Smart Belanja dan Helpline FamilyCare@LPPKN.


(LPPKN berharap program disediakan dapat membantu orang ramai)

"Dalam isu berkaitan kos sara hidup semestinya khidmat sokongan keluarga sangat penting. LPPKN berharap program disediakan, membantu orang ramai terutama melibatkan isu berkaitan ekonomi," katanya selepas Program Jelajah Kasih Keluarga Sempena Bulan Keluarga Tahun 2022 di Kampung Belukar, di sini.

Katanya ketika diminta mengulas berhubung usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi keutamaan segera dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Media Baharu