fb fb fb fb fb

Pertandingan Bongai Peringkat Kebangsaan 2022, usaha RTM angkat seni budaya warisan negara

NILAI, 31 Julai- Jabatan Penyiaran Malaysia akan terus memperkasa seni warisan budaya yang  negara ini agar tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata, RTM memainkan peranan penting dalam memastikan seni warisan budaya diteruskan terutama kepada golongan muda.

Tiga platform utama RTM, iaitu televisyen, radio dan media digital interaktif digunakan sebagai saluran medium penyampaian program bertemakan seni warisan budaya dan dilihat sebagai kaedah yang efektif.

"Tujuan utama RTM, ingin memartabatkan kembali warisan negara kita supaya tidak hilang ditelan dek zaman.

"Kalau RTM tidak mengetengahkan program seperti ini saya yakin dan percaya lama kelamaan ia akan hilang dan generasi baru mungkin tidak dapat mengenali lagi apakah itu bongai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pertandingan Seni Warisan Bongai di Nilai.

Hari ini mencatat satu lembaran sejarah apabila RTM tampil menganjurkan Pertandingan Seni Warisan Bongai Peringkat Kebangsaan 2022 buat julung kalinya. 

Ia akan disiarkan secara langsung pada 10 September menerusi saluran TV2.

Bongai merupakan seni persembahan tradisional yang menggabungkan suara dan alunan muzik, seterusnya disampaikan dalam bentuk lagu oleh pemantun atau lebih dikenali sebagai pembongai.


(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud)


(Datuk Che Roslan (tengah) menerima cenderamata daripada Pengarah RTM Negeri Sembilan
Kamal Roslim pada perasmian Pertandingan Bongai Peringkat Kebangsaan 2022)

Media Baharu