fb fb fb fb fb

Persiapan sambutan TMM 2024 capai 70%

(Foto fail)

AYER KEROH, 12 Jun- Persiapan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) telah mencapai kemajuan 70%.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Zaidi Attan berkata, pelbagai program dan produk baharu akan diketengahkan pada TMM 2024 nanti.

Antaranya Pesta Gendang, Pesta Memancing dan Pelancaran Tahun Melawat Melaka.

“Kita ada persediaan dari Januari sampai ke Disember yang terangkum lebih kurang tiga acara utama pada setiap bulan dan acara ini ada yang bersifat mingguan dan berkala.

"Tujuan dan maksudnya memastikan sasaran kita 18.7 juta pelancong akan dapat kita tarik menjelang Tahun Melawat Melaka tahun hadapan." kata Zaidi kepada pemberita selepas Majlis 3rd Asean Tourism Crisis Communications Forum di sini.

(Datuk Zaidi berkata persiapan sambutan TMM 2024 capai 70%)

Media Baharu