KUALA LUMPUR, 12 Jun- Orang awam dipelawa memberikan pandangan dan input berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara.
Pada masa sama, memainkan peranan aktif untuk membentuk landskap ekonomi Malaysia.
Sebarang pandangan mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial boleh dikemukakan melalui saluran maklum balas dalam talian, 'Suarakan Pendapat Anda' di laman web Kementerian Kewangan.
Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan, pandangan yang dikongsi akan menjadi panduan penting bagi kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Perkara itu akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada Ogos, September dan Oktober ini.
(Foto hiasan)