(Bagi tempoh 1979 hingga April 2023, Perkhidmatan Subfertiliti LPPKN merekod
40,576 kes baharu dan 262,657 kes ulangan)
KUALA LUMPUR, 12 Jun- Sebanyak 22% daripada 27,216 klien berjaya mencapai kehamilan menerusi Perkhidmatan Subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata pencapaian itu setanding dengan perkhidmatan yang ditawar pusat rawatan swasta, namun pada harga lebih berpatutan sekali gus mencapai objektifnya membantu pasangan B40 dan M40.
"Jumlah kes baharu tahunan menunjukkan perkhidmatan ni terus dapat sambutan konsisten.
"Kes ulangan 9,000 kes tiap tahun ni menunjukkan keyakinan pasangan rawatan di profil klien, 95% pasangan yang dapatkan perkhidmatan terdiri dalam kalangan B40, M40," kata Aiman di Dewan Rakyat.
Bagi tempoh 1979 hingga April 2023, Perkhidmatan Subfertiliti LPPKN merekod 40,576 kes baharu dan 262,657 kes ulangan.
(Aiman Athirah berkata pencapaian Perkhidmatan Subfertiliti LPPKN setanding swasta)