fb fb fb fb fb

Persiapan Sambutan Hari Malaysia 2022 capai 40 peratus

(Persiapan Sambutan Hari Malaysia 2022 kini sedang giat dijalankan 
di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan)

AYER KEROH, 9 September- Persiapan Sambutan Hari Malaysia 2022 yang akan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, kini mencapai 40 peratus.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari berkata persediaan melibatkan penandaan kawasan khemah dan pentas persembahan.

Selain beberapa khemah bagi agensi yang terlibat sudah mula dipasang.

Bagi persiapan logistik, kerajaan negeri menerusi kerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan tempat letak kenderaan yang mampu menampung lebih 2,000 ribu kenderaan dalam satu-satu masa.

"Kita ada tempat letak kenderaan di Dataran Pahlawan, Taming Sari kemudian di kawasan perniagaan Hatten Pahlawan Walk di belakang Tabung Haji.

"Semua tempat-tempat ini adalah tempat letak kenderaan yang berhampiran dengan memorial kemerdekaan tersebut.

"Dan kalau boleh gunakan pengangkutan awam yang ada di Melaka dan Panorama juga akan menyediakan shuttle untuk ke dataran," katanya ketika ditemui di Seri Negeri, di sini hari ini.

(Datuk Zaidi Johari)

Zaidi turut meminta orang ramai untuk hadir awal bagi mengelak sebarang kesesakan pada hari berkenaan.

Selain persembahan Sambutan Hari Malaysia, pada sebelah malam turut diadakan Konsert Rakyat yang akan dimeriahkan oleh ramai artis terkenal tanah air.

Media Baharu