fb fb fb fb fb

Final Piala FA: Lebih 1,000 anggota polis kawal keselamatan

KUALA LUMPUR, 9 September- Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis akan mengawal keselamatan di dalam serta luar Stadium Nasional Bukit Jalil, sepanjang aksi perlawanan akhir Piala FA dengan jangkaan kapasiti 87,000 penonton daripada kedua-dua pasukan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata pihaknya akan membuat pemeriksaan ketat di setiap pintu masuk.

Ini bagi memastikan tiada barang larangan dan berbahaya dibawa masuk oleh penyokong.

"Senarai barang terlarang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium, mercun, bunga api atau suar.

"Selain daripada itu topi keledar, pen laser, mancis, pemetik apa dan sebarang objek tajam seperti kayu, parang serta pisau.

"Lain-lain tidak dibenarkan minuman keras dibawa masuk ke dalam stadium," katanya.

(Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin)

Beliau bercakap dalam sidang media menjelang aksi perlawanan akhir Piala FA 2022 antara JDT dan Terengganu FC, esok.

Dalam pada itu, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang tidak mengikut undang-undang jalan raya seperti meletakkan kenderaan di tepi jalan atau menghalang trafik.

Beliau turut menasihati kedua-dua penyokong pasukan supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi.

Sebaliknya perlu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

Media Baharu