fb fb fb fb fb

Integrasi tanaman koko dan lada tingkat pengeluaran

KULAI, 9 September- Bagi meningkatkan pengeluaran koko dan lada di negara ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi merancang mewujudkan kebun komuniti, melibatkan integrasi tanaman koko dan lada di ladang kelapa sawit.

Projek integrasi berkenaan membantu merancakkan lagi pembangunan hiliran sektor lada dan koko yang semakin mendapat tempat, selain meningkatkan pengeluaran dua komoditi itu yang masih lemah di peringkat huluan.


(Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin)

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, mesyuarat dengan agensi berkaitan akan dibuat bagi berbincang cadangan tersebut.

"Jadi kita hendak pertingkatkan dari segi penglibatan penanaman di peringkat huluan baru boleh hasil diperingkat hiliran. Boleh eksport dan mendatangkan hasil kepada negara. Itu yang kita harap ini program pertama dan boleh dicontohi palm oil kawasan besar pokok bertahan 40 tahun boleh tanam pokok iringan," katanya selepas merasmikan Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia bersama sektor huluan koko dan lada di Felda Inas, Kulai.

Tambahnya, pekebun kecil sawit digalakkan merebut peluang menceburi sektor lada dan koko sebagai produk sampingan bagi membantu meningkatkan aktiviti
pengeluaran produk huluan.

Media Baharu