fb fb fb fb fb

Kerjasama setiap jabatan, persatuan sukan, lahirkan atlet muda

LABUAN, 9 September- Jabatan Pendidikan Labuan bakal merangka kerjasama dengan persatuan-persatuan sukan, Majlis Sukan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan bagi melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat tinggi, khususnya dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

Pengarahnya, Yusup Mohamad berkata, kerjasama itu bertujuan melahirkan para atlet di kalangan pelajar sekolah yang mampu menjadi pelapis dalam acara sukan, khususnya mewakili Labuan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

 

Katanya, ia jelas apabila pasukan MSSM Labuan dalam acara akuatik berjaya memperoleh satu emas, dua perak dan dua gangsa, seterusnya berjaya memecahkan rekod kejohanan itu.

"Kita perlu memberikan pendedahan yang lebih luas kepada pelajar-pelajar ini, dan sebab itu salah satu caranya kita nak bawa mereka ini kepada pendedahan ke peringkat yang lebih tinggi yang lebih mencabar sebelum bertanding di peringkat kebangsaan. Kita cuba bekerjasama dengan ketiga-tiga pihak ini iaitu majlis sukan, jabatan belia dan persatuan-persatuan sukan yang mana sebolehnya kita dapat memberikan pendedahan mereka ini bertanding di peringkat pertandingan yang lebih berprestijlah," katanya ketika ditemui pemberita, selepas menyambut kepulangan atlet akuatik MSSM Labuan di Lapangan Terbang Labuan.

Sementara itu, beliau berpuas hati prestasi atlet MSSM Labuan yang menyertai 18 acara sukan yang dipertandingkan, termasuk acara Golf yang mana Labuan menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Media Baharu