fb fb fb fb fb

Banjir Baling: PPS terakhir ditutup

BALING, 9 September- Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir di Baling, Kedah, ditutup.

Kesemua 34 daripada enam keluarga yang ditempatkan di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, Kupang itu telah dibenarkan pulang pada pukul 10 pagi tadi.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz penutupan PPS tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang juga Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah.

Beliau bagaimanapun menasihatkan penduduk supaya berhati-hati sekiranya hujan lebat di kawasan berkenaan dan segera berpindah jika berlakunya banjir.

"Sekiranya hujan lebat di kawasan itu penduduk dinasihatkan berhati-hati dan jika air naik penduduk diarah berpindah segera ke PPS.

"Dengan cuaca yang tidak menentu bimbang banjir akan berlaku kerana air sungai melimpah dengan cepat," kata Mohd Faizol dalam satu kenyataan.

Tiada laporan kecederaan dan kemalangan dilaporkan dalam kejadian banjir kilat, pada Selasa lalu.

(Kerja-kerja penutupan PPS sedang dilakukan anggota Pertahanan Awam)

Media Baharu