fb fb fb fb fb

Remaja perempuan hilang, dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Balau

KOTA TINGGI, 9 September- Seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, 8.30 pagi tadi.

Tiga lagi mangsa diselamatkan orang awam, sementara dua lagi ditemukan tidak sedarkan diri oleh anggota bomba.

Semua mangsa berumur 12 hingga 14 tahun berasal dari Kota Tinggi.


(Anggota bomba melakukan operasi pencarian di Pantai Tanjung Balau, di sini / Foto ihsan bomba)

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Penawar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim menerusi kenyataannya berkata, kesemua mangsa dikatakan tiba dari Kota Tinggi sebelum insiden berlaku, dan menerima panggilan kecemasan pada jam 8.39 pagi sebelum 10 anggota dikerah ke lokasi tersebut.

"Setiba Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati tiga mangsa telah berjaya diselamatkan terlebih dahulu oleh orang awam


"Dua mangsa membabitkan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dan remaja perempuan berusia 14 tahun pula ditemui pasukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Bagaimanapun, seorang lagi remaja perempuan berusia 13 tahun masih tidak dijumpai,"katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia 13 tahun itu masih dijalankan menggunakan kaedah percarian di permukaan pada jarak 80 meter dari persisiran pantai.

Lima mangsa selamat berusia 12 hingga 14 dihantar ke Kilinik Kesihatan Penawar untuk rawatan susulan.

Media Baharu