fb fb fb fb fb

Persiapan sambutan Hari Kebangsaan rancak

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Persiapan sambutan Hari Kebangsaan semakin rancak.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berpuas hati dengan komitmen dan semangat ditunjukkan semua kontinjen sepanjang hari kedua raptai Hari Kebangsaan 2022.

Jelas beliau, banyak penambahbaikkan telah dibuat selain jumlah penyertaan turut bertambah berbanding semalam.


(Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia,
Datuk Seri Mohammad Mentek)

"Untuk persembahan hari ni, saya amat berpuas hati dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua kontinjen yang terlibat dengan semangat yang tinggi dan kita lihat mereka lebih bersungguh-sungguh hari ini berbanding semalam.

"Kita lihat ada banyak penambahbaikan hari ini berbanding semalam. Segala kelemahan yang kita lihat semalam telah kita baiki hari ini dan jumlah penyertaan juga bertambah. Kalau kita lihat semalam ada beberapa buah kontinjen yang tidak ramai, kita lihat hari ini lebih ramai daripada semalam".

"Jadi, semangat yang ada pada setiap kontinjen khususnya pelajar-pelajar sekolah kita pada hari ni lebih baik daripada semalam", katanya.

Beliau berharap Keluarga Malaysia yang tinggal di sekitar Lembah Klang akan turun beramai-ramai di Dataran Merdeka bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.

Selain pelbagai pengisian menarik sempena sambutan itu, program ini juga dapat menghiburkan penonton bukan sahaja di Dataran Merdeka tetapi juga yang menonton di rumah.

Media Baharu