fb fb fb fb fb

Persiapan LIMA23 berjalan lancar

FOTO BERNAMA

LANGKAWI, 10 Mac- Persiapan kemudahan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) dijangka siap sepenuhnya April ini.

Kerja-kerja menaik taraf Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Matsirat sebagai tempat utama pameran itu hampir 80 peratus siap.

Menurut Pegawai Daerah Langkawi merangkap Ahli Jawatankuasa Kemudahan LIMA23, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata kerja menaik taraf sistem penyaman udara dan pencahayaan dalam dewan serta dataran di sekitar MIEC sedang giat dilaksana.

Ia akan dijangka siap sepenuhnya 5 April ini.

Selain itu, kerja pengerukan alur pelayaran di Kuala Perlis juga akan siap selewat-lewatnya pada 15 Mei 2023.

Sejurus siap kerja pengerukan, jumlah kekerapan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dijangka akan bertambah.

Sempena LIMA23 ini juga keadaan trafik juga dijangka meningkat sekali gus para pengunjung dinasihati untuk mematuhi arahan pihak berkuasa.


(Foto Hiasan)

"Kepada pelancong yang hadir, kita harap anda mematuhi arahan semasa pihak berkuasa seperti contoh bagi mereka yang menyewa kereta hendaklah meletak kenderaan di tempat yang telah disediakan.

Ia bagi mengelakkan isu kesesakan lalu lintas pada minggu berlangsungnya acara LIMA23 nanti," kata Abdul kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis bertemu bersama pemain industri seni dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Langkawi di Padang Matsirat, di sini.

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini dijangka berjaya menarik sekurang-kurangnya 600 syarikat pempamer dari 20 negara.

 

Media Baharu