JOHOR BAHRU, 10 Mac- Seramai 44,089 penduduk terjejas banjir daripada 12,486 keluarga ditempatkan di 173 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor, setakat 4.00 petang.
Daerah Batu Pahat kekal mencatatkan penduduk terjejas tertinggi seramai 37,563 orang, diikuti Muar, 3,250 orang dan Tangkak, 2,061 orang.
PPS Perwira UTHM, Parit Raja, menempatkan 1,291 penduduk terjejas manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Parit Yaani, 838 dan Sekolah Kebangsaan Pintas Puding, 658.
Selain itu, paras air di sembilan sungai di Batu Pahat dan Muar masih mencatatkan di paras bahaya.
(Foto Fail)