fb fb fb fb fb

Persembahan 'Cuci Rasuah' curi tumpuan Perdana Menteri

Persembahan 'stampers' yang hanya menggunakan peralatan pembersihan

PUTRAJAYA 31 Ogos- Persembahan 'Cuci Rasuah' berjaya mencuri perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa memerangi amalan rasuah sejak memegang jawatan itu.

Persembahan tarian bertajuk ‘Cuci Rasuah’ itu merupakan cetusan idea Pengarah Artistik dan Konsep bagi sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Rosnan Nordin dan keunikan persembahan 'stampers' selama lima minit itu hanya menggunakan peralatan pembersihan.

Ia adalah sebagai simbolik memerangi budaya kotor yang mampu merosakkan negara.

Persembahan itu melibatkan 515 warga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) diiringi medley beberapa lagu patriotik yang disingkatkan menjadi muzik berentak rancak dan diikuti lagu baharu bertajuk 'Cuci Rasuah' yang didedikasikan khas buat Perdana Menteri yang berikrar untuk menoktahkan amalan rasuah hingga ke akar umbi.

Lagu berkenaan merupakan hasil tulisan Rosnan bersama-sama komposer Anuar Abdul Razak.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI