fb fb fb fb fb

Persediaan Sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis meriah

Sepanduk dan bendera dipasang di setiap masjid seluruh Perlis Sambutan Jubli Perak selama 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

KANGAR, 16 April- Kesemua 101 buah masjid di Perlis dihiasi dengan sepanduk berkaitan sambutan Sambutan Jubli Perak selama 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 17 April ini.

Tidak terkecuali hiasan lampu berwarna warni dalam pelbagai bentuk turut menyerikan sepanjang laluan utama seluruh Perlis termasuk jalan-jalan utama di Arau yang yang juga merupakan Bandar Diraja.

Selain itu, premis-premis dan jalan raya turut dihiasi dengan kibaran bendera negeri Perlis.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor, pemasangan sepanduk berkenaan adalah sebagai tanda kasih dan taat setia rakyat kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

''Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam keafiatan, dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan, serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

"Didoakan juga semoga pemerintahan Tuanku terus diberkati, dilimpahi rahmat, maghfirah Allah SWT dan membawa kemakmuran kepada negeri Perlis," kata Mohd Nazim.

Sambutan Jubli Perak pada tahun ini bersempena 25 tahun pemerintahan baginda selaku Raja Perlis bermula dari tahun 2000 sehingga 2025 dan ulang tahun keputeraan baginda ke-82 tahun. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI