fb fb fb fb fb

Persediaan hadapi banjir, giat dijalankan pelbagai agensi di Kuala Sepetang, Taiping

 

TAIPING, 1 Januari- Persiapan rapi sedang giat dijalankan pelbagai agensi sebagai persediaan kemungkinan berlaku kejadian banjir di Kuala Sepetang, Taiping, Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang, Mohd Kamaruddin Abu Bakar berkata, pemantauan secara berkala turut dijalankan terutama di kawasan yang sering terjejas.

"Syukur alhamdulillah pihak tuan pegawai daerah telah pun mengarahkan semua agensi agensi yang terlibat supaya bersiap sedia, dan hari ini pun RELA telah menempatkan anggota di sebuah dewan di kawasan saya, di Dewan Jebong"

"Mereka sentiasa memantau keseluruhan kawasan kawasan di persekitaran pantai, di persekitaran sungai lebih lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tak menentu ini", kata beliau selepas menyampaikan sumbangan hamper bayi tahun baru 2022, di Hospital Taiping, pagi tadi.

Tambahnya lagi, penduduk dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa dan menghubungi agensi berkaitan sekiranya berlaku kecemasan.

Media Baharu