KUALA LUMPUR, 26 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Di Terengganu, serta Pahang meliputi kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk untuk kawasan Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Johor.
Di KEDAH meliputi kawasan Padang Terap, Sik dan Baling.
Di PERAK dijangka berlaku bagi kawasan Hulu Perak.
Di KELANTAN melibatkan kawasan Gua Musang.
Di PAHANG medijangka berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera serta JOHOR di Mersing.
Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi kawasan Perlis, Kedah meliputi kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Di PULAU PINANG, melibatkan kawasan Perak Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.
Di PAHANG, meliputi kawasan Raub dan Bentong.
Di JOHOR, dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Di SABAH pula melibatkan Telupid, Beluran dan Sandakan, serta Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini di laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan atau menghubungi MetMalaysia di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.