fb fb fb fb fb

Bantuan makanan, kawasan DUN Tenang terima RM10,000 peruntukan


SEGAMAT, 1 Januari- Kira-kira RM10,000 diperuntukkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bagi menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk terjejas banjir di Segamat.

ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri berkata bantuan diagihkan kepada PPS Kampung Tenang, Air Panas, Segamat Kecil dan Tenang Station.

Selain itu, dua unit penyembur air bertekanan tinggi dan dua unit penjana kuasa turut disediakan bagi kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

"Kampung telah menubuhkan Jawatankuasa persediaan banjir, di peringkat daerah pun dah bersedia dan penting sekali adalah, pegawai- pegawai DUN mesti alert, kawasan mana yang banjir, sebab mereka yang bersedia awal," katanya selepas menyampaikan bantuan makanan bersama NGO di PPS Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, Labis, Segamat.

Pihaknya telah menghantar bantuan sejak malam semalam dan akan diteruskan sepanjang pengoperasian PPS.

Media Baharu