fb fb fb fb fb

Misi bantuan pascabanjir KPPK, bantu penduduk terjejas di 50 kampung

KUALA SELANGOR,1 Januari- Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, KPPK menyumbangkan lebih RM500,000 bagi membantu penduduk terjejas banjir di 50 buah kampung sekitar Selangor termasuk di Pahang.

Misi Bantuan PascaBanjir KPPK anjuran bersama Majlis Getah Malaysia, MRC itu menyumbang bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM500 untuk satu keluarga selain memberi barangan asas seperti peralatan dapur dan tilam.

Ketua Setiausaha KPPK, Datuk Ravi Muthayah berkata program yang menghimpunkan seramai 600 sukarelawan yang terdiri daripada NGO dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi itu direalisasikan hasil sumbangan derma agensi dan pekerja di bawah kementeriannya.

"Lebih daripada RM500,000 tidak termasuk bantuan yang diberi pihak kerajaan, ini daripada wang sukan, agensi dan wang kementerian sendiri.. tidak menggunakan wang kerajaan..ia sumbangan daripada pihak kita, sumbangan ikhlas kakitangan", katanya ketika Misi Bantuan PascaBanjir KPPK di Kampung Asahan, Kuala Selangor.

Media Baharu