fb fb fb fb fb

8.6 juta saman trafik diselesaikan sepanjang tempoh diskaun 80 peratus

 

DUNGUN, 1 Januari - Sebanyak 8.6 juta saman trafik telah dilunaskan sepanjang tempoh pelaksanaan tawaran diskaun 80 peratus saman trafik sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula 9 Disember hingga semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, inisiatif tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat memandangkan jumlah keseluruhan saman yang diselesaikan sepanjang tahun 2021 adalah sebanyak 12.2 juta saman.

"8.6 juta saman diselesaikan berbanding dengan hampir 12.2 juta saman yang diselesaikan bagi keseluruhan tahun 2021.

Jadi saya percaya kebanyakan saman tersebut telah pun diselesai oleh mereka yang masih ada lagi saman tertunggak," kata Acryl Sani selepas melakukan tinjauan di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Banjir di Kampung Jongok Batu, di sini.

Beliau berkata, pihaknya tidak bercadang melanjutkan tempoh tawaran diskaun itu memandangkan kaunter pembayaran trafik di seluruh negara dilihat lengang mulai hujung bulan lepas.

Media Baharu