fb fb fb fb fb

Banjir di Johor, Sultan Johor sumbang 18,000 khemah



SEGAMAT, 1 Januari- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, di Labis, petang tadi.

Baginda bertitah memberi sumbangan kira-kira 18,000 khemah bencana ke kawasan-kawasan berisiko banjir untuk digunakan penduduk terjejas.

Menerusi Yayasan Sultan Ibrahim, baginda turut bertitah memberi saran agar penyediaan kelengkapan turut diberi perhatian seperti tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka yang terjejas.

Baginda turut berharap, bantuan berupa wang keperluan asas serta perkhidmatan bantuan membersihkan rumah dapat disediakan pascabanjir.

Sultan Ibrahim juga bertitah agar lebih ramai pihak tampil menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan selain menyeru rakyat mengadakan solat sunat hajat memohon perlindungan Allah swt.

Semua kelengkapan tersebut akan dikendalikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Media Baharu