fb fb fb fb fb

Kerja penambahbaikan ban pecah di sungai-sungai sekitar Lubuk China, Masjid Tanah perlu dilakukan secepat mungkin

MASJID TANAH, 1 Januari - Kerja  penambahbaikan ban pecah di sungai-sungai sekitar Lubuk China, Masjid Tanah perlu dilakukan secepat mungkin.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menjelaskan, walaupun sudah bermula namun terhenti kerana paras air meningkat dan banjir berulang
di kampung berhampiran.

Jelasnya, sekiranya paras air sungai kembali turun kerja-kerja baik pulih perlu disambung dengan tenaga kerja maksimum.

”Apabila paras air itu akan turun ke bawah kembali kepada pasaras biasa saya sudah minta pengarah JPS, kami ada kerjasama bersama, kena tambahkan banyak tenaga kerja  dan banyakkan lagi mesin supaya kerja boleh disingkatkan dan cuba siapkan dalam tempoh 1 bulan atau secepat yang mungkin", kata Sulaiman kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Lubuk China, di sini

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan wang ihsan seribu ringgit kali kedua bagi penduduk
terjejas banjir berulang.


Sehingga kini sebanyak 8 PPS sudah dibuka di Melaka dengan 7 di Alor Gajah dan 1 di Melaka Tengah

Media Baharu