fb fb fb fb fb

Banjir di Johor: penduduk terjejas dipindahkan ke PPS semakin meningkat


TANGKAK, 1 Januari- Angka penduduk terjejas banjir dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor bertambah petang tadi.

Sehingga jam 6 petang, seramai 1080 penduduk daripada 271 keluarga dipindahkan ke 20 PPS, melibatkan 19 PPS di Segamat dan satu di Tangkak.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar , R. Vidyanathan memaklumkan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang Segamat menempatkan penduduk terjejas paling ramai, iaitu 267 orang, diikuti Dewan SK Batu Anam, 256 orang.

PPS Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun, 169 orang, manakala PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak, melibatkan 17 orang.

Selain itu, tiga sungai di daerah tersebut, berada pada paras bahaya, melibatkan Sungai Segamat di Bandar Segamat, selain Sungai Muar di Kampung Awat.

Turut menunjukkan bacaan bahaya, Sungai Tangkak, di Kampung Seri Makmur, Tangkak.

Media Baharu