fb fb fb fb fb

Banjir di Negeri Sembilan, tiga daerah terus dinaiki air

GEMAS, 1 Januari- Tiga daerah di Negeri Sembilan, iaitu Kuala Pilah, Jempol dan Tampin hari ini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Menurut kenyataan Pegawai Daerah Tampin, Suhaiza Sharudin, tiga laluan di daerah itu ditutup iaitu Jalan FT001 Gemas - Tampin, Jalan FT001 Gemas - Tampin dan Jalan Negeri Felda Jelai 2 yang kesemuanya tutup kedua-dua arah untuk semua jenis kenderaan.

Setakat jam 7 malam tadi, enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di daerah Tampin.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Gemas, Mohd Kassim Arippin berkata, masih ada sebilangan besar penduduk yang terjejas banjir enggan berpindah.

Justeru, pihaknya telah memberikan nasihat dan memantau paras air dari semasa ke semasa agar tindakan segera dapat diambil sekiranya keadaan membahayakan penduduk.

Dalam pada itu, penduduk yang ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Londah, menggambarkan kejadian banjir kali ini persis kejadian banjir besar yang pernah berlaku di kawasan itu pada 2010.

Media Baharu