fb fb fb fb fb

217 Individu ditahan dalam Ops Ambang Tahun Baharu 2022 di Pulau Pinang.



GEORGETOWN, 1 Januari
- Seramai 217 individu ditahan dalam Ops Ambang Tahun Baru 2022 di sekitar Pulau Pinang atas pelbagai kesalahan melibatkan narkotik, jenayah dan kesalahan jalan raya.

Kesemua individu berusia antara 15 hingga 50 tahun itu diberkas dalam operasi yang bermula petang semalam hingga pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner (SAC) Rahimi Ra’ais berkata, pemeriksaan dilakukan terhadap lebih 8,000 individu dan kira-kira 5,000 kenderaan

Menerusi Ops itu, 52 buah motosikal disita kerana gagal mengikut spesifikasi ditetapkan dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

"Polis turut melaksanakan 42 sekatan jalan raya di seluruh Pulau Pinang dan telah mengeluarkan sejumlah 1,301 saman dan menyita 52 motosikal atas pelbagai kesalahan trafik," katanya dalam sidang media Ops Ambang Tahun Baharu 2022 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Selain itu polis turut menahan 144 individu atas pelbagai kesalahan narkotik serta merampas dadah bernilai RM17,338.

Kesemua individu berkenaan ditahan di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Media Baharu