fb fb fb fb fb

Tambah bot penyelamat, persiapan hadapi banjir di Kedah

 

SUNGAI PETANI, 1 Januari- 10 unit bot penyelamat akan ditambah dalam persediaan menghadapi banjir di Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata setakat ini PDRM mempunyai 16 unit bot penyelamat yang digunakan untuk operasi banjir.

Selain PDRM, agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah bersiapsiaga dalam menghadapi segala kemungkinan termasuk bencana banjir.

"Semua agensi telah bersiap sedia termasuk mereka ada minta tambahan bot penyelamat,saya sedang menguruskan dengan PDRM untuk mendapatkan lagi 10 buat bot kita daha ada PDRM sahaja ada 16, tidak termasuk jabatan laut lagi, APM, bomba, PDRM minta kita tambah 10 jadi kita sedang usahakan pembelian", katanya pada Program Kayuhan Santai Keluarga Sejahtera di Sg. Petani.

Beliau juga meminta penduduk sentiasa peka dengan amaran dan perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Di Kedah, lebih RM1,000,000 wang bantuan RM1000 disalurkan Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA kepada penduduk yang terjejas banjir di negeri itu termasuk di Baling dan Yan.

Media Baharu