DUNGUN, TERENGGANU , 1 Januari - 50 nyawa menjadi korban banjir setakat ini.
Manakala nasib dua lagi individu yang masih hilang kekal menjadi tanda tanya.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, operasi mencari dan menyelamat individu hilang giat dijalankan di Telemong dan Bentong, Pahang.
"Setakat ini pihak PDRM mencatatkan jumlah kematian akibat banjir seramai 50 mangsa dengan dua lagi masih belum ditemukan atau hilang dan setakat ini (pagi tadi) dimaklumkan ada dua premis atau pun pondok polis terkesan dengan banjir iaitu satu di Pekan satu di Jerantut setakat jam 6 pagi tadi tapi sehingga pukul 12 tengah hari tadi kedua-kedua pondok polis tersebut telah pun surut air dan masih dalam proses pembersihan," kata Acryl Sani selepas meninjau situasi banjir di Kampung Pasir Raja dan di pos kawalan Jongok Batu, Hulu Dungun.
Beliau berpuas hati dengan pengoperasian bencana banjir di seluruh negara khususnya di Terengganu yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.