KUALA LANGAT, 1 Januari- Op Bantu Hingga Selesai atau BAHIS yang digerakkan sukarelawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan meneruskan misinya berdasarkan permintaan.
Menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya masih berkeupayaan untuk menggerakkan tenaga sukarelawannya bagi menjayakan misi akan datang.
Sepanjang lima hari Op Bahis dijalankan, 1500 sukarelawan KKMM dan rakan strategiknya telah menjalankan 172 operasi pembersihan di Sungai Lui Hulu Langat, Sri Muda Shah Alam dan Bukit Changgang Sepang.
Bantuan peralatan asas seperti periuk nasi, kipas elektrik, tilam, dan wang tunai serta barangan makanan turut diberi kepada penduduk terjejas.