fb fb fb fb fb

Tiga daerah di Negeri Sembilan alami banjir kilat, lapan PPS dibuka

 

KUALA PILAH, 1 Januari- Tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jempol dan Tampin mengalami banjir kilat. 

Susulan itu, lapan PPS telah dibuka setakat jam 12 tengah hari.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman memaklumkan, ia melibatkan dua di daerah Jempol iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Palong 1 dan Balai Raya Kampung Baru Rompin.

Selain itu, empat PPS di daerah Tampun iaitu SK Kampung Keru, Surau Kampung Gedong, Sekolah Agama Rakyat Felda 4 dan Dewan Semarak Air Kuning.

Manakala daerah Kuala Pilah pula, dua PPS dibuka iaitu di Dewan Desa Dangi dan Balai Raya Taman Fatimah. 

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air di beberapa sungai di tiga daerah tersebut juga mencatatkan trend menaik.

Antaranya Sungai Linggi, Sungai Muar, Sungai Serting, , dan Sungai Gemencheh.

Selain itu, di Port Dickson, Sungai Linggi dan Permatang Pasir juga menunjukkan paras air semakin naik.

Media Baharu