fb fb fb fb fb

Banjir: beberapa jalan di Segamat ditutup

 

SEGAMAT, 1 Jan- Beberapa jalan di Segamat, Johor, ditutup kepada semua jenis kenderaan, bermula sepuluh pagi tadi, selepas dinaiki air, susulan hujan berterusan.

Ia melibatkan, kawasan berhampiran Kampung Sungai Loy, dan Kampung Bukit Tempurung.

Exco Kerja raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri, Mohd Solihan Badri memaklumkan, Jalan JABI Kampung Bukit Tempurong, dinaiki air sedalam 0.5 meter, ditutup sementara.

Manakala Jalan Bangas, yang dinaiki air 0.6 meter turut ditutup sementara, dan pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Kuala Paya Balai Badang untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Pemantauan dari semasa ke semasa akan diteruskan.

Sebarang maklumat akan disalurkan segera oleh Jabatan Kerja Raya dan pihak konsesi jalan negeri.

Media Baharu