fb fb fb fb fb

Pascabanjir: Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia hulur bantuan


PAHANG, 1 Januari- Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia membantu membersihkan 523 rumah terjejas banjir di Mentakab dan Temerloh di Pahang.

Ia membabitkan penyertaan lebih 500 petugas terdiri daripada kakitangan 14 Agensi Agama, sukarelawan NGO dan mahasiswa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary turut turun padang ke program tersebut.

"Semenjak daripada banjir mula melanda hari itu, agensi kita tak pernah berhenti lagi, turun ke lapangan dan turun ke tempat-tempat yang memerlukan dan ini kali kedua kita datang ke negeri Pahang ini", katanya.

Penduduk terjejas juga menerima sumbangan makanan dan barangan kelengkapan rumah.

Media Baharu