fb fb fb fb fb

Enam negeri terkesan banjir, 4,635 orang daripada 1,394 keluarga ditempatkan di 71 PPS

 

KUALA LUMPUR, 1 Januari- Enam negeri dilaporkan terkesan dengan bencana banjir sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Sebanyak 17 daerah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Sabah masih terjejas.

Agensi Pengurusan Bencana Negara dalam kenyataannya memaklumkan seramai 4,635 orang daripada 1,394 keluarga direkodkan sedang berlindung di 71 PPS.

Manakala sejumlah 786 buah PPS telah ditutup di mana 114,826 mangsa daripada 31,852 keluarga telah pulang ke rumah masing-masing.

Jumlah kumulatif mangsa terkesan bencana banjir di seluruh negara adalah seramai 119,639 orang daripada 33,326 keluarga.

Media Baharu