fb fb fb fb fb

1,306 jemaah umrah positif COVID-19

KUALA LUMPUR,1 Januari - Sebanyak 1,306 kes atau 11.76 peratus daripada 11,108 jemaah umrah dikesan positif COVID-19 bagi tempoh 25 November hingga 30 Disember.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 592 kes dikesan positif pada ujian pertama semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala 714 kes lagi dikesan positif dalam ujian kedua pada hari kelima kuarantin.

"Sehingga 30 Disember, sembilan kluster dikesan melibatkan jemaah umrah iaitu 5 kluster kes-kes indeks yang disahkan varian Omicron.

Satu kluster membabitkan kes indeks Presumptive Omicron yang sedang menunggu keputusan Whole Genomic Sequencing, dan tiga kluster daripada kes-kes indeks bukan Omicron," menurut kenyataan itu

Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi kes positif COVID-19 iaitu sebanyak 183 kes daripada 826 jemaah yang tiba.

Media Baharu