fb fb fb fb fb

OP Ambang Tahun Baharu, 101 saman trafik dikeluarkan di Kelantan

KOTA BHARU, 1 Januari- Polis Kelantan mengeluarkan 101 saman trafik menerusi op ambang tahun baharu 2022 di seluruh Kelantan malam tadi.

Seramai 822 individu dan 843 kenderaan telah diperiksa.

Daerah Kota Baharu mencatatkan jumlah saman paling tinggi iaitu 45 saman trafik diikuti daerah Bachok (28) dan Kuala Krai (13).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan enam tangkapan turut dibuat berkaitan kesalahan dadah di Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

"Cuma untuk waktu ini di Kota Bharu sahaja melibatkan 12 pegawai, 115 anggota pelbagai jabatan trafik ada jenayah kita gembleng tenaga mengadakan operasi pematuhan termasuk sekitar jalanraya snap chat, dan juga pemeriksaan-pemeriksaan lain tujuan dia pertamanya untuk mencegah jenayah dan yang keduanya, pematuhan kepada SOP",katanya.

Tahun ini tiada sebarang sambutan tahun baharu namun pemantauan lokasi tumpuan tetap dilakukan.

Media Baharu