fb fb fb fb fb

Khidmat kaunseling disediakan kepada penduduk terjejas banjir


PARIT, 1 Januari - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan khidmat kaunseling dalam misi bantuan banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Pengerusinya Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, selain bantuan tenaga dan barangan sukarelawan LPPKNMove turut membantu memulihkan semula emosi penduduk terlibat.

Jelas beliau, sokongan itu penting bagi memberi motivasi serta menaikkan semangat mangsa banjir yang berada dalam keadaan sukar.

"Ada beberapa fasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang ikut keperluan. Ada juga kakitangan yang terjejas, kumpulan kita akan pergi ke lokasi untuk hulurkan bantuan dan sumbangan. Ramai juga yang salurkan sumbangan untuk disampaikan kepada mereka terlibat." Datuk Mohd Nizar berkata selepas merasmikan Pertandingan Petanque peringkat Parlimen Parit di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, Perak.

Dalam misi tersebut, sahabat kafeTEEN Prihatin LPPKN turut dihantar bagi membantu membersihkan rumah kakitangan dan penduduk yang terjejas banjir.

 

Media Baharu